Thursday, June 4, 2015

Tips Ajar Anak Menulis

Bantu Anak-anak Belajar Menulis

Sebagai ibu bapa, jangan merungut kerana terpaksa ‘berlakon’ sama memesan makanan daripada anak-anak. Sebaliknya kita perlu bantu mereka (facilitate).
Berikut adalah beberapa aktiviti yang saya fikir boleh anda dan anak-anak boleh lakukan.

 ‘Muscle Up Exercise’

tips-ajar-anak-menulis-conteng-conteng
kredit : http://www.thecreativesalad.com/
Dalam usia yang masih kecil, otot-otot jari dan tangan mereka belum dapat diguna dengan baik untuk menulis.
Jari juga kadang kala ‘keras’ untuk memegang pensil.
Tetapi, jari jemari mereka boleh ‘dilembutkan’ dengan latihan yang sangat menyeronokkan, iaitu menCONTENG-CONTENG kertas!
Berikan mereka buku/kertas, pensil warna atau krayon dan biarkan mereka conteng buku itu berulang-ulang kali.

Ajar Anak Memegang Pensil Dengan Betul

tips ajar anak menulis - pegang pensil dengan betul

Ya, ajar mereka pegang pensil dengan betul.
Pakar menyarankan supaya beri mereka pensil yang kecil kerana secara tidak sengaja mereka terpaksa memegang pensil dengan hujung jari.
Cara yang betul adalah pegang pensil dengan ibu jari dan jari telunjuk, dan dialas dengan jari tengah. Namun tak mengapa jika anak anda pegang dengan ketiga-tiga jari mereka
Oh ya, bagaimana anak kidal?
Bak kata orang tua, belakang parang diasah2 tajam juga. Ajarkan dia guna tangan kanan, disana ada barakah kerana ia sunnah. Ramai juga ibu bapa yang berjaya menukar cara anak mereka menulis, dari tangan kiri ke tangan kanan
(jangan paksa2, perlahan2)

Atur Kedudukan Menulis Yang Selesa

tips-ajar-anak-menulis-kad-imbas copy
Gunakan meja dan kerusi yang sesuai dengan ketinggian anak supaya lebih selesa.
Perlukan Kad Imbas seperti anak saya guna? Lihat SINI

Yang terbaik, biarkan mereka duduk diatas kerusi dengan kedua-dua kaki rata diatas lantai dan badan ditegakkan. Meja pula tinggi sedikit dari paras siku.
Jika mereka agak kekok, boleh juga cuba cara ini…
Dapatkan ‘easel’ (maaf, tak pasti apa dalam BM) seperti dalam gambar dibawah.  Kedudukan papan yang sedikit condong membantu mereka memegang pensil & menggerakkannya dengan lebih baik.

A Easel Collage
Penggunaan ‘easel’ membantu anak-anak menulis dengan lebih lancar

Terima kasih kerana sudi membaca tips langkah awal mengajar anak menulis ini.

Jika anda perlukan bahan untuk anak2 belajar menulis berulang kali,Pakej Buku Magik ini sesuai untuk mereka.



PAKEJ BUKU MAGIC

RM55.00 + RM9.00 POS













0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Kedai Mainan Online Termurah. Designed by Whitey Mommy