Thursday, June 4, 2015

Tips Ajar Anak Menulis

Bantu Anak-anak Belajar Menulis

Sebagai ibu bapa, jangan merungut kerana terpaksa ‘berlakon’ sama memesan makanan daripada anak-anak. Sebaliknya kita perlu bantu mereka (facilitate).
Berikut adalah beberapa aktiviti yang saya fikir boleh anda dan anak-anak boleh lakukan.

 ‘Muscle Up Exercise’

tips-ajar-anak-menulis-conteng-conteng
kredit : http://www.thecreativesalad.com/
Dalam usia yang masih kecil, otot-otot jari dan tangan mereka belum dapat diguna dengan baik untuk menulis.
Jari juga kadang kala ‘keras’ untuk memegang pensil.
Tetapi, jari jemari mereka boleh ‘dilembutkan’ dengan latihan yang sangat menyeronokkan, iaitu menCONTENG-CONTENG kertas!
Berikan mereka buku/kertas, pensil warna atau krayon dan biarkan mereka conteng buku itu berulang-ulang kali.

Ajar Anak Memegang Pensil Dengan Betul

tips ajar anak menulis - pegang pensil dengan betul

Ya, ajar mereka pegang pensil dengan betul.
Pakar menyarankan supaya beri mereka pensil yang kecil kerana secara tidak sengaja mereka terpaksa memegang pensil dengan hujung jari.
Cara yang betul adalah pegang pensil dengan ibu jari dan jari telunjuk, dan dialas dengan jari tengah. Namun tak mengapa jika anak anda pegang dengan ketiga-tiga jari mereka
Oh ya, bagaimana anak kidal?
Bak kata orang tua, belakang parang diasah2 tajam juga. Ajarkan dia guna tangan kanan, disana ada barakah kerana ia sunnah. Ramai juga ibu bapa yang berjaya menukar cara anak mereka menulis, dari tangan kiri ke tangan kanan
(jangan paksa2, perlahan2)

Atur Kedudukan Menulis Yang Selesa

tips-ajar-anak-menulis-kad-imbas copy
Gunakan meja dan kerusi yang sesuai dengan ketinggian anak supaya lebih selesa.
Perlukan Kad Imbas seperti anak saya guna? Lihat SINI

Yang terbaik, biarkan mereka duduk diatas kerusi dengan kedua-dua kaki rata diatas lantai dan badan ditegakkan. Meja pula tinggi sedikit dari paras siku.
Jika mereka agak kekok, boleh juga cuba cara ini…
Dapatkan ‘easel’ (maaf, tak pasti apa dalam BM) seperti dalam gambar dibawah.  Kedudukan papan yang sedikit condong membantu mereka memegang pensil & menggerakkannya dengan lebih baik.

A Easel Collage
Penggunaan ‘easel’ membantu anak-anak menulis dengan lebih lancar

Terima kasih kerana sudi membaca tips langkah awal mengajar anak menulis ini.

Jika anda perlukan bahan untuk anak2 belajar menulis berulang kali,Pakej Buku Magik ini sesuai untuk mereka.



PAKEJ BUKU MAGIC

RM55.00 + RM9.00 POS













Monday, June 1, 2015

Cara Ajar Anak Guna Flashcard

CARA AJAR ANAK GUNA FLASHCARD :

1- Sentiasa menunjukkan flash card dan menyebutkan nama flash card dengan jelas kepada anak.  Contohnya:
‘Sayang ibu..iman..harini kita belajar tentang warna..atau today we learn about colors.. *muka dengan penuh sayang..mood memang kena bunga-bunga.ahaks..
2- Jangan pegang flash card terlalu jauh kerana keupayaan penglihatan anak@bayi agak terhad pada awal usia mereka.
3- Tarik perhatian anak untuk melihat flash card tersebut dengan menggunakan gaya dan suara yang gembira supaya anak dapat merasakan sesi pembelajaran mengenal sesi yang menyeronokkan, digemari dan ditunggu-tunggu.

AJAR ANAK FLASHCARD
4- Lakukan sesi pembelajaran ini ketika mereka dalam keadaan baik dan tenang seperti selepas mandi, sudah kenyang dan sudah cukup tidur dan bersedia untuk bermain (belajar).
5- Jangan pula ibu cepat merasa jemu dan berputus asa jika bayi tidak menunjukkan reaksi dan minat terhadap flash card yang ditunjuk. Terus konsisten dalam mengajar dan sematkan dalam diri bahawa anak anda juga MAMPU untuk melakukannya. 
Taip memang senangkan..Semoga diri sendiri pun BERTABAH juga. ;'(

6- TAHNIAH Jika anak itu lebih berminat untuk mengoyak, mengenggam, menarik flash card tersebut, memasukkan dalam mulut (tapi hati-hati jangan sampai tercekik) kerana ini bermakna, bayi itu tertarik dengan flash card, sedar dengan kewujudan huruf tersebut dan ingin beramah mesra dengannya.Kerana itulah anda perlu miliki beberapa set flashcard sebagai ‘spare’ kepada flash card yang sudah lunyai dalam ‘sesi beramah mesra’ bersama bayi anda.
*Kalau nak beli jenuh la kan, print sendiri dan liminate supaya tahan lama.

7- Lakukan aktiviti ‘bermain’ dengan flash card ini sekerap mungkin. Makin kerap anda ‘bermain flash card’ dengan mereka, semakin mesra dengan mereka dan ia mempercepatkan proses mengenal dan membaca.

8- Lekatkan juga flashcard pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak seperti dikatilnya, di ruang tamu dan di dinding bilik, peti sejuk atau mana-manalah anda rasa sesuai..jangan dalam tandas sudah ;p

9- Sediakan juga flash card dalam beg tangan anda atau di dalam kenderaan anda, supaya anda boleh menayangkan flash card sekerap mungkin dan di mana sahaja. Contohnya: kebanyakkan bayi suka menaiki kereta dan diam bila berada dalam kereta, anda boleh menggunakan detik ‘tenang’ bayi ketika ini untuk ‘bermain’ flash card.

10- Apabila anak sudah ‘mesra’ dengan flash card, anda boleh mengujinya dengan menyusun dua atau tiga kad, sebut huruf dan bayi akan mengambil kad yang disebut hurufnya.

Tahniah! Anda telah menjadi ibu yang hebat! sebab SABAR dan CEKAL.
SEMOGA BERJAYA!
cc : junioraulad.com/blog
***************
Teknik ini dikongsikan  oleh Puan Norasikin Hussein, seorang Homeschooling Practitioner kepada anak-anak beliau.. Moga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar dan berterusan kepada beliau atas perkongsian ini :)


KAD IMBAS ALIF BA TA,ABC & NOMBOR
DAPAT FREE MARKER PEN
BOLEH TULIS DAN PADAM SEMULA

RM40.00 FREE POSTAGE










FREE :




 

Copyright © Kedai Mainan Online Termurah. Designed by Whitey Mommy